Nikah - 11/11/2011 ( Lina & Faizal)
Menyediakan perkhidmatan andaman untuk majlis perkahwinan, pertunangan, makan malam mahupun sebarang majlis lain.
Saturday, September 10, 2011
Kebaya coklat lembut keemasan
Busana coklat lembut moden.
Sarat dengan sulaman benang emas dan permata hiasan.
Juntaian potongan di hujung tangan dan leretan kain menambahkan pesona si pemakai.
Dipadankan dengan tudung dan selendang yang sedondon warna.
Sesuai digayakan dalam majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis makan malam.
Kebaya moden jingga keemasan
Kebaya moden berwarna jingga keemasan.
Sarat dengan sulaman dan permata hiasan.
Diperbuat dari material satin tulen dan kain net.
Warna korset dan kain sedondon.
Kain meleret menambahkan lagi pesona sang puteri tika melangkah mennyambut putera idaman.
Juntaian hujung lengan menyerlahkan keanggunan dan kesantunan si pemakai.
Disertakan dengan set perhiasan, selendang dan kasut.
Didatangkan dengan set pakaian lelaki yang sedondon.
Sesuai digayakan dalam majlis pertunangan, majlis persandingan dan majlis makan malam.
Solekan- Pengantin mempunyai mata yang kecil. Kini selepas solekan wajah berubah menjadi berseri, licin dan mata kelihatan lebih besar serta menjadi berubah dari wajah asal pengantin
Subscribe to:
Posts (Atom)